Thailand dikatakan sedang berusaha untuk mendapatkan 6 buah kapal selam terpakai dari German manakala Taiwan berusaha untuk mendapatkan 8 buah kapal selam dari US.
Thailand semakin terdesak untuk mendapatkan kapal selam selepas negara jiran mereka Myanmar juga sedang dalam proses untuk memiliki kapal selam. German memberi tempoh sehingga hujung bulan ini kepada Thailand sama ada mahu membeli kapal selam mereka atau tidak, dalam pada masa itu German telah menjual 2 buah kapal selam mereka kepada Columbia tanpa menghiraukan hasrat Thailand untuk memiliki semua 6 buah kapal selam tersebut.
German dikatakan memerlukan dana secepat mungkin untuk mengharungi kemelut ekonomi yang sedang melanda eropah pada masa ini. Walaupun begitu Thailand masih berharap untuk memiliki baki 4 buah kapal selam dari German secepat mungkin.
Tentera Laut Taiwan pula sedang berusaha meminta parlimen meluluskan bajet pembelian 8 buah kapal selam pada 2 bulan akan datang. Pada 2001 presiden US George W. Bush meluluskann penjualan 8 buah kapal selam kpd Taiwan, namun US dikatakan sudah lama tidak mengeluarkan kapal selam konvensional manakala Sepanyol dan German mengurangkan tawaran kepada Taiwan kerana tidak mahu menyingung perasaan China.
US dalam pada itu dikatakan sedang berusaha meminta bantuan dari 3 buah negara sama ada menjual atau membina kapal selam buatan German kepada Taiwan. Pada masa sekarang Taiwan mengoperasikan 4 buah kapal selam, namun hanya 2 dari 4 buah boleh digunakan untuk berperang.

0 ulasan:
Catat Ulasan