nuffnang

Rabu, 29 Februari 2012

Tentera Laut Republik Singapura (RSN) Dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Menjalankan Latihan Maritim Dua Hala (Bilateral Maritime Excercise) MALA


RSN dan TLDM mengadakan Latihan bersama dalam siri latihan Malapura yang diadakan bermula dari 27 Feb 2012 hingga 7 March 2012. Latihan yang diadakan untuk kali ke 22 sejak tahun 1984 ini menyaksikan Singapura menjadi tuan rumah pada tahun ini. Panglima Armada RSN Rear Admiral Lai Chung Han dan Panglima Operasi Armada RMN Vice Admiral Dato' Wira Jamil Bin Hj Osman hadir pada majlis pembukaan latihan tersebut di Changi Naval Base (CNB).

Seramai 540 orang dari RSN dan RMN terlibat dalam latihan yang diadakan selama 10 hari ini. Latihan ini bakal menyaksikan kedua-dua tentera laut mengadakan perancangan dan latihan bersama di CNB, dan latihan dalam peperangan laut konvensional dan keselamatan maritim di Selat Melaka. RSN akan menggunakan beberapa buah kapal dalam siri latihan kali ini antaranya friget (RSS Formidable) Korvet (RSS Valour) dan PV (RSS Brave), manakala RMN dengan friget (KD Jebat) dan 2 buah NGPV (KD Selangor dan KD Terengganu).

RSN dan TLDM berhubung dengan kerap dalam pelbagai aktiviti. Ini termasuk pertukaran dalam bidang profesional dan kursus, serta aktiviti-aktiviti pelbagai hala sebagai sebahagian daripada Perjanjian Pertahanan Lima Kuasa. Kedua-dua tentera laut juga telah bekerjasama untuk meningkatkan keselamatan maritim melalui susunan Rondaan Selat Melaka. Hubungan ini memberi ruang untuk mengukuhkan persefahaman dan hubungan profesional di kalangan kakitangan kedua-dua buah tentera laut.

Sumber : Mindef SG
Foto : Mindef SG

0 ulasan:

Catat Ulasan

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More