nuffnang

RENCANA


Pertahanan Sesebuah Negara

Pertahanan memainkan peranan penting dalam menentukan keselamatan, kestabilan, keamanan, dan kemajuan sesebuah negara. Pertahanan juga mempunyai impak serta kepentingan yang tersendiri dalam sistem hubungan antarabangsa. “A people without walls is a people without choice.”(Aristotle)
Strategi adalah mengenai hubungan antara kuasa tentera dan halatuju politik. Sesebuah negara akan menggunakan kuasa tentera untuk mencapai objektif politik. Oleh itu pertahanan atau kuasa tentera adalah penting dalam menentukan corak dan budaya politik, ekonomi, dan sosial sesebuah negara.
Pengukuran terhadap pertahanan dibuat dengan mengambil kira saiz kekuatan tentera, pasukan simpanan dan keupayaan untuk mengaturgerakkannya, keupayaan industry untuk membekalkan keperluan-keperluan yang hilang dan rosak, bilangan dan kualiti sistem persenjataan, sistem lojistik, kualiti, kesusaian doktrin dan strategi, kualiti kepimpinan politik, tentera dan ketua-ketua di semua peringkat, moral rakyat dan tentera dan akhir sekali kualiti dan kekuatan perikatan. Selain dari itu, factor-faktor seperti KDNK, sumber manusia dan material, tahap perkembangan budaya serta perkara-perkara yang berhubung kait dengan politik, ekonomi, ideology dan lain-lain komponen social juga memberi kesan kepada kuasa tentera.
Jelas sekali pertahanan memainkan peranan penting dalam memastikan kesetabilan politik, ekonomi, dan sosial sesebuah negara dan serantau. Sekali gus menempis tanggapan sesetengah pihak yang mengatakan pertahanan adalah merupakan pembaziran dan tidak penting lagi. Perbelanjaan yang dikeluarkan oleh kerajaan bagi membangunkan bidang pertahanan negara seharusnya tidak dipertikai sekiranya ia benar-benar mengikut landasan yang benar. Perbelanjaan dalam bidang pertahanan seharusnya dilihat sebagai pembangunan dan komitmen kerajaan dalam memenuhi kehendak semasa pertahanan negara.
Perlu diingatkan sebahagian perbelanjaan tersebut bukan sahaja memerlukan dana yang besar, malah memakan masa yang lama sebelum dapat digunakan. Sebagai contoh pembelian pesawat pengangkut sebaguna dari AirbusMilitary A400M yang mana mengalami masalah kelewatan dan memberi impak serba sedikit kepada perancangan TUDM secara tidak lansung. Oleh itu pembelian asset seperti ini bukanlah boleh dibuat seperti membeli barang di kedai, 'cash and carry',ia memerlukan masa yang panjang pada kebiasaannya. Apakah negara perlu membeli kelengkapan pertahanan pada saat musuh telah mendarat? Tentu tidak, apa yang dilakukan negara adalah memastikan kesiapsiagaan angkatan tentera dan memberi amaran kepada musuh yang mempunyai niat jahat terhadap negara. Perolehan asset-asset pertahanan juga dilihat sebagai salah satu strategi yang boleh digunakan untuk mengerunkan pihak musuh.
Setiap negara akan memastikan pertahanan mereka berada pada tahap yang semaksimum mungkin. Sistem politik juga berkait rapat dengan pertahanan, lemahnya politik memungkinkan lemahnya pertahanan. Dasar pertahanan yang diguna pakai dilihat sebagai tanda aras hala tuju pertahanan sesebuah negara. Sesebuah negara mengunakan dasar pertahanan yang berlainan bagi memenuhi keperluan yang berbeza. Kuasa-kuasa besar selalunya akan bertindak lebih berani dan mengancam negara-negara yang lemah. Penting bagi negara kecil atau lemah ini untuk membentuk pakatan antara mereka dalam isu-isu berkaitan keamanan sejagat.
Oleh itu pembangunan pertahanan sesebuah negara dilihat amat penting bukan sahaja kepada kedaulatan sesebuah negara malah keamanan dan kesetabilan negara-negara serantau.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More