Pihak Sikorsky Aircraft Corp berhasrat untuk mengembangkan pasaran dalam membekalkan helikopter pelbagai guna S-92 di Thailand. Syarikat US yang terkenal dengan produk seperti Black Hawk itu akan membuat tawaran untuk membekalkan helikopter mencari dan menyelamat kepada Thailand.
Syarikat Connecticut akan bertanding dalam bidaan antarabangsa yang akan dikeluarkan oleh Royal Thai AirForce (RTAF) minggu hadapan dalam membekalkan sebanyak 16 buah helikopter untuk tujuan cari dan menyelamat (SAR) dalam satu transaksi yang mencecah lebih US$320 million.
"Sikorsky akan mempertaruhkan helikopter S-92 mereka yang lebih besar dan maju, dan mampu membawa sehingga 19 penumpang dalam pelbagai konfigurasi berbanding pembida lain" kata Daniel Zsebik Pengurus Pemasaran Sikorsky di Asia kepada Bangkok Post. Walaupun rancangan RTAF adalah untuk memiliki 16 buah helikopter, namun dijangkakan bajet awal hanya mampu untuk 4 buah helikopter.
Bergantung kepada teknologi dan penambahan yang diperlukan oleh pengguna, harga yang ditawarkan oleh pihak Sikorsky adalah $20-$24 million sebuah, kata Daniel Zsebik. Bidaan ini juga termasuk latihan juruterbang RTAF di USA dan Britain untuk pengoperasian S-92 dan termasuk penghantaran jurulatih dari Sikosky sendiri ke Thailand untuk memastikan RTAF dapat menggunakan heli tersebut sebaiknya.
Sikorsky pada minggu ini mengadakan pertunjukkan udara dan kemampuan untuk melakukan pelbagai misi di Greater Bangkok dihadapan anggota angkatan tentera Thailand bagi mempromosi helikopter tersebut. Lawatan S-92 ke Thailand adalah sebahagian dari jelajah S-92 di Asia selepas Malaysia, Brunei, Singapura dan India yang merupakan potential buyer.
Angkatan Tentera Thailand sudah mempunyai beberapa produk Sikosky diantaranya adalah Black Hawk untuk Royal Thai Army (RTA), S-92s (RTAF) untuk kegunaan diRaja, Sea Hawk dan S-76s untuk kegunaan Royal Thai Navy (RTN). S-92 mempunyai jarak operasi 880Km pada kelajuan 306Km/h.
Sumber : Bangkok Post
Foto : Internet
0 ulasan:
Catat Ulasan