Syarikat Raytheon diberi kontrak bernilai $79.2 mil untuk membina sistem yang mampu mengesan dan memusnahkan serangan roket. Sistem tersebut akan diberi nama Accelerated Improved Intercept Initiative (AI3).
Pembangunan AI3 akan mengambil masa selama 18 bulan termasuk ujian pemintas dan diiukuti pengeluaran berskala kecil. Menurut sumber, Raytheon akan membina dan menguji roket pemintas sistem AI3, manakala kerajaan US akan lengkapkan sistem tersebut dengan pelancar, sistem kawalan tembakan dan sistem arahan dan kawalan (CCS).
Setakat ini Israel antara negara yang telah membangunkan sistem seumpama (Iron Dome) untuk menangkis serangan roket Hizbulallah di Gaza. Kemusnahan roket yang membawa kemusnahan dan kerugian besar telah memaksa kerajaan US untuk membina sebuah sistem yang mampu menangani masalah tersebut.
0 ulasan:
Catat Ulasan